Skip to content Skip to footer

UCAPAN TAHNIAH KEPADA 36 OP BAKAL PEGAWAI MUDA

Pada 13 Ogos 2024, seramai 36 YOP dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diberi peluang istimewa untuk menghadiri satu sesi perkongsian pengalaman yang sangat berharga. Sesi ini disampaikan oleh OP Jeneral TUDM (B) Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke-21. Sebagai seorang pemimpin yang disegani dengan pengalaman yang luas dalam dunia ketenteraan, perkongsian beliau pastinya memberi inspirasi dan motivasi yang mendalam kepada para YOP ini dalam menghadapi cabaran masa depan.

Kesemua 36 YOP ini akan melangkah ke satu fasa baru dalam kerjaya mereka apabila mereka ditauliahkan sebagai Pegawai dengan pangkat Leftenan Muda oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Upacara penuh istiadat ini akan diadakan pada 17 Ogos 2024 di Kem Perdana Sungai Besi, menandakan permulaan rasmi perkhidmatan mereka dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Leave a comment